Ciri-ciri Windows Me Windows_Me

  • System Restore - System Restore ialah utiliti sistem yang memantau sebarang perubahan pada fail sistem Windows yang diakibatkan daripada pemasangan program baru ataupun pemacu peranti baru dan seterusnya membentuk "checkpoint". Sekiranya pemasangan tersebut membawa kesan buruk terhadap sistem komputer, System Restore akan mengembalikan sistem komputer kepada tahap bekerja sebelumnya. Namun demikian, System Restore ada 2 keburukan - prestasi komputer akan terjejas apabila "checkpoint" dibentuk semasa komputer sedang digunakan (terutamanya untuk aplikasi berat seperti permainan komputer), serta System Restore mungkin akan mengembalikan virus komputer yang telah dibuang.
  • Perlindungan Fail Sistem - Ciri ini melindungi fail sistem daripada diubah, dibuang atau dirosakkan secara senyap dan automatik. Sekiranya ada fail sistem yang diubah, Windows akan mengembalikan salinan fail asal daripada cakera keras ataupun CD pemasangan Windows Me.
  • Susunan baru TCP/IP - Ciri ini diambil daripada Windows 2000 untuk prestasi rangkaian komputer yang lebih baik dan lebih stabil. Windows Me turut menyokong rangkaian FireWire serta sambungan wayarles inframerah di samping turut menyertakan program pendeta Rangkaian Rumah yang baru.
  • Palam dan Main Sejagat - Windows Me ialah versi Windows pertama yang menyokong teknologi Palam dan Main Sejagat (UPnP).
  • Perolehan Imej Windows (WIA) - Perolehan Imej Windows (WIA; Windows Image Acquisition) diperkenalkan sebagai piawaian bagi memudahkan aplikasi Windows berkomunikasi dengan peranti perolehan imej seperti kamera digital dan pengimbas. Sebelum WIA diperkenalkan, masalah keserasian antara peranti perolehan imej sering berlaku.
  • Kemaskini automatik - Windows akan mengemaskini sistem secara automatik dengan memuat turun fail kemaskini daripada laman web Windows Update secara automatik.
  • Folder termampat - Windows Me turut menyertakan perisian utiliti pemampatan folder untuk mencipta atau membaca fail berformat ZIP. Sebelum Windows Me, pengguna terpaksa menggunakan perisian pihak ketiga bagi mencipta atau membaca fail berformat ZIP.
  • Previu Imej - Fail imej boleh dilihat menerusi utiliti Image Preview. Ciri ini turut membolehkan pengguna memusingkan imej, mencetak atau zum imej.
  • Bantuan dan Sokongan - Program Help and Support yang baru menggantikan Windows Help. Ia berasaskan HTML dan memanfaatkan teknologi Rangka Kerja Automasi Sokongan (SAF).
  • Pemacu peranti storan massa USB - Windows Me ialah satu-satunya sistem pengendalian dalam siri Windows 9x yang menyertakan pemacu peranti umum bagi peranti storan massa USB.